Monday 8 August 2011

SUKAN TAHUNAN 2011

          SJK ( C ) Chung Huah telah mengadakan Sukan Tahunan pada 24 Julai 2011 ( hari Ahad ). Pada hari itu, semua guru dan pelajar telah terlibat dalam program yang bermakna ini. Selain itu, tetamu khas seperti Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Malaysia , YB Dato' Lee Chee Leong telah dijemput untuk membuka rasmi pada Sukan Tahunan.
 
Tetamu khas yang menghadiri Sukan Tahunan 2011
 YB Dato' Lee Chee Leong , Guru Besar, Pn Ang Pek Ai telah memberi ucapan pada hari itu. Mereka telah menggalakan semua pelajar supaya berusaha untuk memenangi dalam acara sukan.

           
         YB Dato' Lee Chee Leong

Guru Besar, Pn Ang Pek Ai
                      
Selepas itu, perarakan pasukan beruniform dan rumah sukan telah bermula. Mereka telah berkumpul di padang sekolah.
 
 
Pasukan beruniform dan rumah sukan
                                        
 Selain itu, pelajar-pelajar juga mempersembahkan senaman arobik pada Sukan Tahunan. Persembahan yang menarik ini telah memeriahkan suasana Sukan Tahunan pada tahun ini.
 
Persembahan senaman arobik
 
Acara Sukan telah bermula. Pelajar yang mewakili rumah pasukan masing-masing telah bertanding dengan bersungguh-sungguh supaya boleh memenangi hadiah dalam acara sukan yang mencabar ini.
 
 
Hadiah-hadiah yang disediakan kepada pemenang.


Pada pukul 12.00 petang, Sukan Tahunan telah tamat dengan sempurna.