SJK ( C ) Chung Huah telah mengadakan Sukan Tahunan pada 24 Julai 2011 ( hari Ahad ). Pada hari itu, semua guru dan pelajar telah terlibat dalam program yang bermakna ini. Selain itu, tetamu khas seperti Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Malaysia , YB Dato' Lee Chee Leong telah dijemput untuk membuka rasmi pada Sukan Tahunan.
Tetamu khas yang menghadiri Sukan Tahunan 2011 |
YB Dato' Lee Chee Leong |
Guru Besar, Pn Ang Pek Ai |
Selepas itu, perarakan pasukan beruniform dan rumah sukan telah bermula. Mereka telah berkumpul di padang sekolah.
Pasukan beruniform dan rumah sukan |
Selain itu, pelajar-pelajar juga mempersembahkan senaman arobik pada Sukan Tahunan. Persembahan yang menarik ini telah memeriahkan suasana Sukan Tahunan pada tahun ini.
Persembahan senaman arobik |
Acara Sukan telah bermula. Pelajar yang mewakili rumah pasukan masing-masing telah bertanding dengan bersungguh-sungguh supaya boleh memenangi hadiah dalam acara sukan yang mencabar ini.
Pada pukul 12.00 petang, Sukan Tahunan telah tamat dengan sempurna.