Profail Sekolah

VISI
Menjadikan SJK (C) CHUNG HUAH, KAMPAR, PERAK
Sebagai Sebuah Institusi Pendidikan Yang Terbilang
Menjelang Tahun 2010

MISI
Kami bersama-sama melaksanakan system pendidikan berteraskan
ilmu pengetahuan untuk melahirkan kecemerlangan yang
bertaraf dunia dalam bidang:
  1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus.
  2. Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang  berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang.
  3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan.
  4. Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
  5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.
SLOGAN

SJK (C) CHUNG HUAH, KAMPAR
GEMILANG & TERBILANG


SEJARAH SJK (C) CHUNG HUAH

SJK ( C ) Chung Huah, Kampar ditubuhkan pada tahun 1920 oleh En. Oh Chong Keat, En. Eu Tong Sen, En. Wah Cheong, En. Chan Tat Chor, En. Loke yew Chee dan masyarakat Kampar. En. Foo Chee Choon telah bermurah hati menyumbangkan sebahagian tanahnya untuk tapak sekolah ini. Pada permulaan sekolah ini merupakan sebuah sekolah lelaki.

En. Oh Chong Keat dipilih sebagai pengerusi sekolah yang pertama sementara En. Siew Siu Choe merupakan Guru Besar pertama sekolah ini. Bilangan murid pada masa itu lebi kurang seribu orang. Pada tahun 1931, En. Wong Tew Ming menjadi guru besar. Beliau berusaha untuk meningkatkan taraf pelajaran sekolah ini. Bilangan meriid terus bertambah. Pada tahun 1937, En. Chan Yin Tit JP, telah merayu keppada kerajaan supaya menyumbangkan tanah untuk mendirikan 4 buah bilik darjah. Rayuan ini berhasil dan pelan tanah sekolah terus mengembang.

Pada tahun 1941, Penjajahan Jepun di tanah ini telah memusnahkan semua harta benda sekolah. Sehingga 1945, peperangan tamat, sekolah diperbaiki semula oleh masyarakat tempatan. En. Cheonng Ling Poh menjadi guru besar sekolah ini selepas En. Wong Yew Ming meninggal dunia padda tahun 1950. Pada tahun 50an, enrolmen murid sekolah ini mencapai lebih 1000 orang dan mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik dan aktiviti luar. Ini merupakan zaman gemilang dalam sejarah sekolah ini.
Pada tahun 1958, sekolah ini diberi bantuan oleh kerajaan. Sekolah ini dinaiktarafkan menjadi “Sekolah Jenis Besar” pada tahun 1961 dan mula menerima murid perempuan.

Pada tahun 1962, En. Lo Sing Fatt telah dilantik menjadi guru besar. Enrolmen murid padda masa itu melebihi 800 orang dan terdapat 24 orang guru,sebanyak 19 kelas dibuka. Dengan bantuan wang sebanyak RM3,000 daripada Kementerian Pelajaran, sebbuah kantin sekolah telah dibina pada tahun1964. Jumlah perbelanjaan pembinaan ialah RM3,450. Demi kepentingan murid, sebuah perpustakaan dan Bilik AV telah dibina pada 1965. Pada tahun 60an, kerana pelbagai sebab, enrolmen murid semakin berkurangan.

Oleh kerana sebab-sebab tertentu, enrolmen murid mula merosot pada tahun 1967. Ini telah mengakibatkan sekolah ini diturun taraf sebagai “Sekolah Jenis Sederhana”. Pada tahun 1968, dengan bantuan kewangan sebanyak RM5,000 daripada Kementerian Pelajaran, sekolah telah membina 15 buah tandas moden.
En. Wong Yan Khooi menjaddi guru besar pada tahun 1974. Pada tahun ini juga,, Persatuan Ibubapa dan Guru-Guru ditubuhkan. En. Kong Tat Cheong dan En. Leong Weng Fatt telah dipilih sebagai Pengerusi dan Naib Pengerusi masing-masing.

En. Chong Sooi Hin menjadi guru besar sekolah ini pada tahun 1977. Pada tahun1980, sekolah ini mendapat bantuan wang kerajaan sebanyak RM8,000 daripada Kementerian Pelajaran untuk memperbaiki sebahagian bumbung bilik darjahh. Selepas iaitu, dengan kerjasama Lembaa Pengurus dan PIBG,, sekolah mengadakan kutipan derma dari masyarakat tempatan untuk membangunkan sebuah bangunan 2 tingkat yang terdiri daripadda sebuah dewan serbaguna dan 6 buah bilik darjah. Pada 15-1-1984, bangunan ini telah dirasmikan oleh Y.B.En.Ban Hong Keong, Ahli Parlimen Kawasan Batu Gajah.

Pada bulan februari 1984, En. Chong Foo Hin dhantar ke sekolah ini untuk menjadi guru besar. Pada bulan Jun 1985, En.Chong Foo Hin bersara dan En. Hong Hai Gun dihantar untuk mengganti beliau. Selepas satu tahun iaitu pada tahun 1986,Pn. Wong Siew Fong dilantik untuk memegang jawatan guru besar di sekolah ini. Pada tahun 1987, En. Chai Kam Ping dipilih sebagai Yang Di-Pertua PBG sekolah ini sehingga tahun 1992,En. Cheah Choke Weng dilantik menjadi guru besar sekolah ini pada tahun 1989, selepas Pn.Wong Siew Fng ditukar ke Ipoh.

Pada tahun 15-3-1991, En. Yap Chin Fatt dilantik sebagai guru besar sekolah ini. Enrolmen murid pada masa itu ialahh164 orang, angka ini terus menurun menjadi 158 dan mencapai rekod yang paling rensah pada tahun 1992. En. Chow Chee dipiilih sebagai Yang Di-pertua PIBG. Dengan kerjasama Lembaga Pengurus dan PIBG, pihak sekolah telah melaksanakan pelbagai program untuk mempertingkatkan presstasi akademik murid dan ennrolmen murid. Pada tahun 1993, enrolmen murid dipertingkatkan sehinngga 182 orang, jumlah kelas 7 buah.Pihak sekolah berjaya mengelakkkan penurunan gred sekolah ini ke Gred SKM ( Sekolah Kurang Murid ).

Pada tahun 1994, Pn.Leong Moy Loi dipilih sebagai Yang Di-Pertua PIBG. Pada masa itu, sekolah telah mencapai pprestasi yang cemerlang dalam berbagai aktiviti ko-kurikulum,iaitu berturut-turut beberapa tahun menjadi Johan dan Naib Johan dalam pertandingan Kawad dan Pertolongan Cemas St. John Ambulans Junior peringkat Negeri Perak, pasukan lelaki dan psukan perempuan, Pasukan Bola Tampar sekolah juga hampir setiap tahun menjadi Johan dan Naib Johan Pertandingan MSSD kinta II dan mewakili Kinta II dalam pertandingan MSSPK.
Enrolmen murid terus meningkat sehingga 1998 menjadi seramai 233 orang. Pada tahun ini, En Kong Tat Chong yang telah 20 tahun mennjadi Pengerusi Lembaga Pengurus dan banyak nerjasa kepada sekolah ini meletak jawatan. En. Ng Teck Thing AMP, PPN pada masa itu Naib Pengerusi Lembaga Pengurus dipilih untuk memimpin Lembaga Pengurus sekolah ini. Dengan kesefaman dan perikatan yang erat antara Lembaga Pengurus, PIBG dan pihak sekolah, program-program memajukan sekolah berjaya dilaksanakan.

Pada tahun 1999, PIBG telah menerima cadangan MCA, melaksanakan Program Bestari Sekolah Cina di sekolah ini. Bilik-bilik darjah diubahsuaikan menjadi sebuahh bilik computer ( CAL ) dan 4 buah bilik darjah berkomter ( AV ). Semua computer sekolah dirangkaikan ( network linking ). Ini meerupakan titik permulaan era pengkomputeran system pengurusan pentadbiran dan P&P berbantukan computer sekolah ini. Lembaga Pengurus dan PIBG telah membelanjakan RM20,000 untuk menyediakan kemudahan program ini.
Keusangan bilik darjah dan kekurangan pelbagai kemudahan telah membangkitkan hasrat pihak sekolah untuk membina sebuah bangunan baru 3 tingkat. Jawatan Kuasa Pembinaan Bangunan Baru yang diketuai oleh En. Ng Teck Thiang telah ditubuhkan pada bulan Jun 1999. Pada 30-10-1999, majlis malam amal kali pertama diadakan di padang MDKS dan berjaya mengutip sebanyak RM340,000. Majlis makan malam amal diadakan di dewan sekolah ini untuk mengutip derma.

Pada tahun 2001, enrolmen sekolah terus meningkat dan mencapai 331 orang dengan jumlah kelas 12 buah. Peningkatan prestasi UPSR merupakan salah satu sebab peningkatan enromen murid. Pada tahun 2001, prestais UPSR telah mecapai kemajuan yang besar dengan lulus keseluruhan 67.44% dan merupkan pencapaian yang tertinggi di kawasan Kampar pada masa itu. Pada tahun 2002, enrolmen murid murid mencapai 393 orang, iaitu hampir 3 kali ganda berbanding dengan tahun 1992, jumlah kelas ialah 13 buah.
Pada bulan Januari 2002,Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Hon Chun Kim dijemput untuk merlancarkan Majlis Pecah Tanah Bangunan baru. Kutipan derma kali ketiga diadakan pada 6-6-2002 dan berjaya mengutip sebanyak RM330,000. Pada bulan Disember 2002,bangunan baru 3 tingkat siap dibina. Bangunan ini telah dinamakan “Huang Geng Tian Lou” untuk mengenangkan jasa besar En. Ng. Teck Thiang dalam menjayakan pembinaan ini.

Pada tahun 2003, bangunan baru 3 tingkat mula digunakan. Sekolah ini sekali lagi melangkah ke suatu era yang baru dan maju. ENrolmen murid tahun ini telah meningkat ke 425 orang. Pencapaian prestasi UPSR tahun ini sekali lagi mencatat rekod baru sengan pencapaian kelulusan keseluruhan sebanyak 74.5% dalam UPSR.Prestasi ini mencapai tangga ketiga dalam kedudukan pencapaian SJK ( C ) Daerah Kinta.
Pada tahun 2005, enrolmen muriod mencapai 495 orang dan dijanka akan melebihi 500 orang pada tahun 2006. En Yap Chin Fatt yang telah memimpin SJK ( C ) Chung Huah, Kampar selama 15 tahun dan menabur jasa yang besar kepada pembangunan sekolah akan bersara pada 8-11-2005. En Chew Gim Chuan dilantik menjadi guru besar baru sekolah ini mulai 6-12-2005.  Pada tahun 2008, En Liew Che Meng PPT. mengambil alih pentadbiran dan menjadi guru besar sehingga sekarang.