Monday 6 June 2011

HARI GURU 2011

        
       Pada 16 Mei 2011, Sekolah Chubg Huah Kampar telah menyambut Hari Guru. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.


Pada pukul 7.45 am, semua guru dan pelajar telah berkumpul di dewan sekolah. Majilis Hari Guru telah bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak,Lagu Perak Sentiasa di Puncak Kecemerlangan, Lagu Sekolah 



   
        Pada pukul 8.20 am , Pn.Seri Tanjong bt.Mokhtar telah melafaz Ikrar Perkhidmatan Awam. Selepas itu, Penolong Kanan 1, Pn Ng Kit Chee  telah membaca Perutusan KPM dan  PKKK, En .Mak LupYan membaca Perutusan Ketua Pengarah KPM. Seterusnya, Guru Besar Pn.Ang Pet Ai  dan tetamu Khas, En.Chang Gwo Chyang  PPT turut memberi ucapan.

Nyanyian Lagu Guru Malaysia diketuai  Pn.Ng Kuan Yee selepas ucapan daripada Guru Besar, PK1, PKKK dan tetamu Khas, Semua guru telah berdiri di atas pentas dan menyanyi Lagu Guru Malaysia.



      Selepas tu,upacara memotong kek telah bermula. Guru Besar telah mewakili semua guru memotong kek bersama dengan PK1,PK2,PKKK dan tetamu khas.






Selain itu, pihak sekolah juga menyampaikan hadiah kepada pelajar yang menang dalam pertandingan dalam sekolah



     

              Pada pukul 10 am ,Majilis Hari Guru telah tamat dengan sempurna

No comments:

Post a Comment